Tuesday, March 22, 2011

]Kereta Ikan[

This is my fish car...
I like my fish car..
Everday i'm driving my fish car...
I also sleeping in my fish car..
I like my fish car clean...
*betul ke grammar nye..:-)

]Kawan Lama + Kawan Baru[

Kawan lama..macam kawan-kawan kampung, sekolah rendah, sekolah menengah, aras masa terdahulu. Kawan baru...baru invite kat FB kot (aku tak invite orang tak kenal kat FB..mesti aku kenal secara analog dulu)...so aku takdelah kawan barukan. Kalau kita sekolah rendah dulu kalau ada budak baru masuk kelas..peh memang jadi perhatian. Nak tahu siapa..dari mana..macam-macam. Memang itulah sifat manusiakan nak tahu perkara baru. Tak salah pun cuma kita jangan terlalu expose diri kita dalam dunia analog ataupun digital sekarang ni. Pandai pilih kawan setiap masa. Kalau semua nak expose kawan boleh tahu semua hal kita..kita dah tak ada privacy lak kan..bukan apa kita kena hargai diri kita. Ada masa dengan diri kita..nak manja-manjakan diri kita.

*psst Anna Rafali invite aku jadi frenz FB dia lah...aku dah kenal dulu dia ni (berangan lebih skit dari banyak hehehehe)

]Dari Sini Aku Menulis[

Kalau dulu-dulu orang menulis di dinding gua..kulit-kulit kayu..dan medium lain yang dah dikira canggih masa tu. Sekarang orang menulis depan laptop atau pc. Sambil dengar radio..makan biskut "Merry". Sedap jugakan sambil layan teh "o" sekali rasa nikmatnya hidup...Kenapa aku menulis? Biasalah ada masa senggang..dari layan FB yang aku sendiri dah jarang tulis kat tembok tu. Tengok saja apa yang rakan-rakan catatkan...FB tu kan tempat meluah rasa. Nak tengok apa komen orang lain, nak tengok gak popular tak aku ni dalam arena internet. Sebenarnya aku lum sarapan lagi ni..kat luar cuaca mendung, lepas hujan. Layan biskut Jacobs Hi-Caloriginals je tadi. Bolehlah kan rezeki juga. Ngah merancang masa depan gak ni..hehehe nak makan apa tengah hari ni. Alhamdulilah badan sihat ni makan apa pun boleh pilih..aku ni sebenarnya suka melukis dari menulis..hah nak tengok apa yang aku lukis? Nanti aku snap picnya...dalam blog ni tulislah apa saja yang dirasa jangan kacau orang lain sudah. Hari-hari kita menulis (kalau taip sms tu menaipkan bukan menulis)..habis kat blog ni menulis ke menaip ea..konpius aku. Kalau macam tu kita apa kata kita kata "menaip blog"...]Dari Sini Aku Menaip[

Friday, March 18, 2011

]Tenangnyakan..[

Ciptaan Ilahi..
Pantai...banyak memberikan kenangan pada aku..
Kalau sunyi + sedih pantailah tempat aku tujui...
Terengganu..tempat molek budaya menarik...hehehehe tempat merempitkan...:-)

]Tengok je[


Alhamdulilahkan ada pancaindera..:-)


]Jam Pasir[

Susah gak nak tengok jam pasir sekarang ni. Mungkin ada kat kedai RM2 kot yang buat cenderahati. Kat mana nak cari ya jam pasir sebenar? Kalau boleh aku nak tengok gak jam pasir yang betul-betul..suka tengok pasir tu jatuh ke bawah dengan bantuan tarikan graviti. Berturutan antara satu sama lain, khayal tengoknya.

Aku sebenarnya nak ceritakan sesuatu tentang jam pasir ni. Nkorang kenal tak Ted Bengermino ni ..aku pun tak kenal. Aku baca satu buku ni baru aku tahu sedikit resume si Ted Bengermino ni.

"Pada masa yang sama, ada seorang perajurit muda di Tanah Eropah yang mengalami masalah yang sama (rasa bimbang tahap gaban). Namanya Ted Bengermino. Rumahnya di Baltimore, Maryland. Beliau masih sedih sehingga menderita keletihan peperangan yang teruk sekali."
Kiranya si Ted ni mengalami stress yang amat sangat dengan peperangan yang berlaku. Trauma dengan tugasnya sebagai askar. Beliau telah dirawat secara fizikal tapi tak jalan mana hinggalah dia ceritakan apa yang dia rasa pada seorang doktor. Aku taip balik apa yang doktor tu dah slow talk kat Ted ni.

"Ted..cuba renungkan sebentar. Hidupmu tak ubah seperti jam pasir. Kau tahu, di bahagian atas jam pasir terdapat ribuan butir pasir itu. Satu demi satu butir-butir tersebut bergerak perlahan-lahan dan jatuh melalui bahagian leher yang sangat sempit di tengah. Kau dan saya tidak boleh memaksa dengan memasukkan pasir lebih pasir melalui leher sempit itu tanpa merosakkan jam itu sendiri. Kau, saya dan siapa saja juga sama seperti jam pasir itu. Bila kita bangun pada waktu pagi, kita dihadapkan pada setompok tugas yang harus kita selesaikan pada hari itu. Tugasnya yang beratus-ratus harus kita selesaikan pada hari itu. Tugas yang sejumlah beratus-ratus itu harus kita selesaikan dengan tenang satu demi satu, bergantian secara teratur dan perlahan, seperti butiran pasir yang melalui leher sempit itu. Jika tidak kita akan merosakkan struktur tubuh dan badan kita".

Jadi buat kerja satu demi satu..tenang..sabar...jangan mengeluh. Tuhan dah aturkan perjalanan hidup kita sebaiknya. Hanya kita perlu susun tugas-tugas kita...jangan lupa rehat (rehat tu penghargaan untuk diri kita kan...)..utamakan yang utama..Komputer pun boleh hang kalau kena buat overload kerja..kalau kena reboot je boleh tahan lagi, kalau nak kena format dah tu backup lak takde memang sengal otak nak fikirkan...

]Habit + Kebiasaan[

Uih sambung lagi post...eaa..ada masa ni sambil layan radio Sinar.
Pernah dengar tak atau pernah kena "sound" tak dari peti suara seseorang...

"Siapa punya "ular sawa" yang melingkar ni...dah mandi tu letaklah tuala tu kat tempatnya.."...
ATAU
"Kalau dah makan tu..keluarkanlah skit tenaga basuh pinggan tu..boleh gak bakar lemak kat badan dalam segram dua..ni tidak main longgok je macam Gunung Kinabalu"...
Peh...mmg berdesing gegendang telinga dengar. Dah tu siapa punya angkarakan..sendiri mahu ingatlah. Siapa pun pernah kena komen dari para juri dalam hal-hal ni kan (aku pun kot..tapi itu dulu...dulu ar masa tak cukup pengalaman kot...masa hidup tak ikut "jam pasir" main larung je).

Sambil-sambil tu meh aku masukkan unsur-unsur pendidikan skit dalam ulasan dialog tu. Dialog pertama tu aku suka dengan perkataan "ular sawa" (tapi aku geli skit ular-ular ni...kalau binatang aku suka ikan...tomeykan ikan..). Ular sawa ni haiwan cantik coraknya..corak batik..berseni. Memang daring giler aku kalau tengok penyanyi rock pakai kasut corak kulit ular sawa...Tapikan ular sawa yang dimaksudkan kat sini bukanlah ular yang tu. Ini tuala ke apa yang main suka je letak-letak lepas guna. Tinggal di seanterao rumah..ikut suka. Samalah kalau dah guna pinggan Correlle atau mangkuk Tupperware (moga aku iklan ni dua syarikat ni bayar akau royalti..berangan lagi) main letak ikut suka..kat sinki contohnya. Tu yang subjek Geografi pun muncul dengan kisah gunung tertinggi di Asia Tenggara tu dalam dialog spontan yang dilontarkan..

Kalaulah dua habit (sekadar contoh) tu diteruskan sampai ke anak cucu..memang terharu aku dengarnya. Kalau budak-budak sekolah rendah memang macam manis je kalau ditegur, tapi kalau dah menjangkau tahap pendidikan PhD masih sama macam tu..mahu dikeluarkan surat tunjuk sebab kot. Atau buat penjelasan atau sidang akhbar...atau pun masuk Melodi yang ke udara hari Ahad tu.

Oleh itu kalau ada habit yang rasanya boleh mencetuskan konflik semasa kenalah ubah ea. Kita bina habit yang baik-baik je, biarlah yang ringkas-ringkas je pun tak apa. Buat yang mudah-mudah, yang asas. (Peringatan untuk diri sendiri atau rakan-rakan yang sewaktu dengannya).
ALAH BISA, TEGAL BIASA
*aku suka kalau kereta ikan aku bersih..LIKE CAR, LIKE OWNER (boleh ke gitu..hehehe)

]Tong Sampah Sentiasa Kosong[


Aku pilih tajuk ni sebab aku selalu perhatikan tong sampah dari meja aku. Tempat kita buang segala yang kita rasa tak perlu. Ada macam-macam dalam tong sampah dari yang kering sampai yang basah. Kenapa aku pilih tajuk ni? ( Aku ni kononnya nak menulis tapi banyak yang aku catat dalam nota kecik aku ni) bila ada masa macam ni barulah sedap nak menggoreng...n i pun baru nak main dengan blog. Aku tulis jelah apa yang aku nak tuliskan..asal jangan bagi jiwa orang baca kacau sudahlah. (Berangankan aku konon ada orang baca..biarlah asal aku sendiri boleh baca sudah)

Kalaulah diri kita ni tong sampah tentu dah banyak sangatkan isinya..dah kembung..dan melimpah keluar kot? Takkan nak tengok je isi perut kita keluar dari diri kita..dengan macam-macam aroma keluar. Mata pun naik berbulu nanti (kalau bulu mata lentik cantik jugakan hehehe). Berbulu kat sini maksudnya semak dan merimaskan jiwa minda. Aku memang tak boleh tengok situasi tong sampah penuh ni..kat pejabat ada tong sampah..rumah pun ada..dalam kereta aku letak gak.

Kat mana-mana pun kita nampak tong sampah..macam-macam bentuk. Tapi fungsi lebih kurang samakan..masukkan benda-benda yang tak diperlukan lagi pada kita (tapi ingat apa yang kita buang mungkin kita rasa tak perlu lagi ada makhluk lain yang perlukan..contohnya sang semut yang menjadikannya rezeki walaupun sisa-sisa makanan Mekdi kita hehehe).

Haik panjang dah aku goreng korang tapi korang dapat tak apa yang aku nak sampaikan ni? Tadi akukan dah kata kita anggaplah tong sampah tu macam diri kita..kita memang diperlukan..kita banyak dilambakkan dengan masalah..kita ada had dalam kawal emosi kita...so kenalah kosongkan. Bila dah kosong dah tentu lega skitkan..taklah senak otak nak fikir. Tapi jangan risau kalau penuh balik dengan segala macam "sampah" balik sebab kita boleh kosongkan balik..cuma kena pilih YA ata TIDAK saja!

Elemek ada lagu Aku Hanya Serangga - BPR lak..kat corong radioku..:-)
]Kalau aku jadi serangga apa yang aku nak jadi eaa..fikir sampai zzzzz[

Wednesday, January 12, 2011

]YA atau TIDAK[


Dua pilihan kita dalam apa jua keadaan. Fikirkan mana yang perlu!
Banyak gak isu kalau dikupas YA atau Tidak ni..
Aku selalu guna YA atau TIDAK ni..tapi kadang konpius juga nak guna yang mana.
Apa-apa pun selagi akal fikiran ada bolehlah kita guna untuk buat pilihankan.
(nanti aku sambung lagi ea..kat radio ni ada lagu Zaiton Samion lak..MENARUH HARAPAN...layan jap)